BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 29, 2010

10 tahuN akaN dAtang

aku tidak terfikir pula umurku telah menjangkau begitu jauh.apalah yang telah ku lakukan disudut yang kerdil ini sehingga aku meninggalkan sisa yang tidak dapatku tinggalkan kepada sesiapapun. namun aku sedari hari ini dan saat ini masih ada sisa yang bakalku kongsikan agar sekurang-kurangnya diri ini tidaklah terkapai menunggu sehingga tidak dapat berfikir lagi barulah pula menyedari alam dan kehidupan ini.Aku ni macam kamu juga dahulu sekolah rendah hinggalah sekolah menengah cuma yang berlainannya  sekolah tidak sama. Dulu sekolah kampung berbeza dari sekolah bandar tetapi sekarang tidak lagi. Dulu orang dalam hutan tidak tahu bahasa inggeris tetapi sekarang mereka sudah mahir. Di mana sebenarnya kebenarannya perkara ini. Aku boleh buktikan sebab aku adalah diantara orang itu. Aku mahu kongsi satu sejarah dalam hidup ini maka masa itu sekolah rendah. Tiada sesiapa boleh menolong untuk maju ke depan selain guruku masa itu. Masih ku ingat kata-katanya 'bahasa inggeris bukannya susah, ianya hanya bahasa dan ia mudah jika kita anggap dan ingin mempelajarinya maka mudahlah ia.'Maklum masa itu orang kampung disekolahkan di bandar. Bayangkan tahun 70an .Tentu yang muda tidak akan merasainya kerana desakan hidup yang perit adalah zaman itu.Sesiapa yang belajar bahasa inggeris masa itu dan menguasainya adalah satu anugerah kepada orang itu.Syukurlah disamping kawan-kawan yang ramai'dropout'masa itu aku termasuk yang paling keras kepada untuk bersekolah walaupun masuk sungai dan turun naik bukit untuk ke sekolah tersebut. Ini bukan kisah sedih tetapi kisah yang orang kata sekarang 'impossible to achieve'kalau anak muda zaman ini melakukannya. Kekentalan hati ini berbaloi apabila Allah perkenaankan  niat untuk belajar ke luar dari kampung ke bandar orang lain. Tentulah 'glamour' zaman ini walau tanpa wang poket yang tebal tapi di sponsor oleh kerajaan. Aku amat  berterima kasih kepada kerajaan kerana itu. Aku dipanggil anak kerajaan kerana itu. Aku terima saja.Dari umur 13 thn hingga umur 17 thn aku diperantauan dan 18 hingga 19 jauh dari kampung lagi. Umur 19 hingga 24 lagi jauh 'overseas' jadi anak kerajaan lagi. Terima kasih ya kerajaan yang budiman.Oleh itu bila ku melihat dan perhatikan generasi kini tahap seriusnya memang tidak sama dengan generasiku dulu. Aku kadang-kadang kaget juga.Kenapa ya? Aku ingin juga tahu. Biarlah kita 'share' cerita ini. Guruku dulu sangat prihatin orangnya. Masa itu betul-betul tidak faham tetapi kini terang dan nyata apa mesej guru itu.Katanya ' cikgu mengajar kamu bukan untuk hari ini atau esok hari kamu tetapi cikgu mahu kamu nampak kehidupan 10 ke depan. Bayangkan hari ini umur kamu 13 tahun 10 akan datang kamu 23 tahun cikgu 63 tahun sudah bersara. Jika kamu sedar hari ini cikgu bertuah melihat kamu 10 akan datang tapi bayangkan 10 thn akan datang kamu datang jumpa cikgu masa itu cikgu tidak dapat tolong kamu lagi.Betapa kecewanya cikgu kerana kamu harapan masa depan telah menghancurkannya sendiri didepan mata cikgu sendiri.'Masa itu betul aku kurang faham tapi amat jelas jika masa itu aku lalai dan leka tentulah kehidupanku tidak secantik ini.Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan aku dapat lagi berceloteh dan mengingati masa gemilang ini perlu dikongsikan agar generasi selepas aku gemilang ke mercu kejayaan.
  Betapa sakit hidup ini jika kehidupan yang kita impikan hancur gara-gara terlampau lalai sewaktu persekolahan dan akhirnya kesakitan ini berterusan dalam kehidupan.Believe it or not,its up to you.

0 comments: